Friday, 31 October 2014
 
SEE ALSO :

Main

Browse Articles

Basic Searching

Advanced Searching

Hits


RELATED LINK :
University Malaya Website

UMExpert

UMMail

UMPortal

UMLibrary

UMElearning


CONTACT US :

Contact Information


STATISTICS :

Articles

 


Overview



PERUBAHAN STRUKTUR UMUR PENDUDUK : IMPAK DAN CABARAN KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA

Syed Abdul Razak B. Sayed Mahadi
 

Malaysia kini sedang mengalami proses pembangunan yang pesat ekoran daripada perkembangan dalam sosio-ekonomi. Sejajar dengan itu ia juga memberi impak kepada profil demografi penduduk. Transisi demografi yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini dijangka akan terus mengalami perubahan. Penurunan dalam kadar mortaliti yang pesat serta fertiliti yang sederhana akibat dari peningkatan kualiti hidup akan memberi kesan kepada populasi penduduk. Perubahan dalam struktur umur penduduk dari segi umur median dan jangka hayat merupakan salah satu dari kesan perubahan yang berlaku.Berasaskan kepada perubahan ini Malaysia dikatakan berada di fasa kedua iaitu kesuburan semakin menurun manakala dalam peratusan penduduk umur bekerja dan warga tua mengalami peningkatan. Selain daripada itu, kajian ini akan melihat secara terperinci faktor-faktor serta kesan daripada perubahan struktur umur. Hasil kajian ini , boleh memberi input yang berguna kepada pengubal dalam merencana pelaksanaan pembangunan yang bakal dilakukan selari dengan perubahan transisi penduduk . Oleh yang demikian , kita mampu mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan berlaku rentetan dari perubahan struktur umur. Dengan ini pasti pembangunan yang akan dilaksanakan dapat mempertingkatkan kadar pertumbuhan ekonomi serta taraf kesejahteraan rakyat amnya.

 
For more information about this article, please contact : SYED ABDUL RAZAK BIN SAYED MAHADI



PENGALAMAN PERUBAHAN KELUARGA DAN TINGKAT FERTILITI DI MALAYSIA: SATU ANALISIS DARI ASPEK DEMOGRAFI

Syed Abdul Razak bin Sayed Mahadi & Dr. Mustafa Omar
 

Kependudukan adalah suatu faktor yang integral di dalam perancangan dan pembangunan negara. Pembangunan dan perubahan sosioekonomi yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini telah meninggalkan impak ke atas profil demografi penduduk negara ini khususnya dalam aspek fertiliti, mortaliti dan migrasi. Perubahan profil demografi penduduk negara ini dijangka akan terus berlaku tatkala negara Malaysia terus berusaha bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Maka, satu analisis dilakukan dalam kertas ini dengan menggunakan data dari banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (1970–2000) dan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (MPFS) dari tahun 1984 hingga 2004 untuk membandingkan perubahan profil demografi keluarga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Justeru, perbandingan ke atas tiga wilayah ini dijangka dapat memberikan satu gambaran terhadap kesan pembangunan secara berbeza-beza ke atas tren penduduk. Di samping itu, kertas ini juga menawarkan suatu analisis ke atas faktor-faktor penentu sosial, ekonomi dan budaya yang mempengaruhi perubahan profil demografi keluarga dan perlakuan fertiliti penduduk. Analisis seterusnya pula akan menumpukan perhatian kepada isu dan cabaran daripada perubahan dalam profil demografi keluarga dan perlakuan fertiliti penduduk dan apakah pula implikasi dasar daripada perubahan tersebut dalam perencanaan pembangunan negara di masa hadapan.

 
For more information about this article, please contact : SYED ABDUL RAZAK BIN SAYED MAHADI

 
Copyright © 2005, Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
http://ict.um.edu.my/