Monday, 20 October 2014
 
SEE ALSO :

Main

Browse Articles

Basic Searching

Advanced Searching

Hits


RELATED LINK :
University Malaya Website

UMExpert

UMMail

UMPortal

UMLibrary

UMElearning


CONTACT US :

Contact Information


STATISTICS :

Articles

 


Overview



SEJARAH RINGKAS NANING

Abdullah Zakaria bin Ghazali
 

Naning yang kini dikenali sebagai Wilayah Adat Perpatih Naning mempunyai perkembangan sejarah yang sangat menarik. Sebelum diduduki British pada tahun 1832, Naning adalah sebuah negeri kecil Melayu yang terletak dikawasan pedalaman diantara Melaka-Rembau, manakala pentadbiran dikendalikan oleh Penghulu dan dibantu oleh Empat Suku. Naning dimegahi dalam sejarahnya, antaranya kerana perjuangan menentang penjajah Belanda dan British. Selepas tahun 1832, Naning dimasukkan ke dalam pentadbiran Melaka.

Naning dinyatakan sempena daripada nama binatang Naning. Walau pun sejarah awal Naning kurang jelas, tetapi Sejarah Naning seringkali dikaitkan dengan Dato' Perpatih Pinang Sebatang. Dato' Perpatih keluar dari Pagar Ruyong mengembara ke Kampar, Siak, Bengkalis, Bukit Batu seterusnya ke Tanah Melayu, Pengkalan, Ikan Lemak, Paya Dato', Bukit Serusok, Bukit Tompunek, Bukit Penyalang, Bukit Bosa Silau, Pulang Gelang Tiga Sejanjar dan Taboh. Taboh dijadikan pusat pentadbiran Naning. Naning terus berkembang melalui pentadbiran Penghulu. Masyarakatnya berteras Adat Perpatih, iaitu Adat Perpatih Naning yang berdasarkan Adat Perpatih Pinang Sebatang. Taboh ialah kawasan di hulunya Gaung Air Salak, di hilirnya Parit Melintang, di depannya Bukit Penyalang dan di belakangnya Pulau Gelang. Manakala Naning: di hilir Gaung Air Salak, di hulu Danau Berombak, di depan Bukit Penyalang dan di belakang Pulau Gelang.

 
For more information about this article, please contact : ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALI



SEJARAH SOSIAL BANDAR KUALA LUMPUR DARI PERSPEKTIF KESEJAHTERAAN PENDUDUKNYA, 1890 - 1914

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus
 

Persoalan tentang siapa yang membuka Kuala Lumpur dan bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanya mungkin suatu tema yang sudah usang untuk diperkatakan. Namun sehingga hari ni masih ada pihak yang gemar memperkatakan isu tersebut. Walau apapun teori yang dikemukakan, hakikatnya perkembangan Kuala Lumpur sehingga mengukir namanya menjadi ibu negeri tidak hanya bergantung kepada faktor perlombongan dan kebanjiran imigran Cina semata-mata. Perpindahan pusat pentadbiran British dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880 dilihat sebagar titik tolak yang sangat penting kepada kesinambungan survival Kuala Lumpur sebagai sebuah perbandaran yang paling pesat.

Kuala Lumpur di bawah rejim kapitan Cina pernah musnah akibat peperangan pada tahun 1870-an dan pernah sepi tanpa penghuni kerana penghijrahan keluar penduduknya akibat wabak taun. Kuala Lumpur pada era 1880-an kembali dikunjungi dan penduduknya mula meningkat daripada 2,000 orang pada tahun 1878 kepada 4,000 orang pada tahun 1884.

 
For more information about this article, please contact : AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHD RUS

 
Copyright © 2005, Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
http://ict.um.edu.my/